Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65, 4 konsesi lebuh raya (Litrak, Sprint, Kesas dan Smart Tunnel) telah bekerjasama dengan pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk sama-sama menjayakan Program Penyempurnaan Lukisan Mural di HTAR, Klang.
Lukisan mural ini simboliknya sebagai tanda penghargaan kepada pihak Hospital dan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk kesejahteraan awam. Hubungan erat antara pihak konsesi lebuh raya dan pihak hospital menerusi kerjasama strategik tidak dapat dinafikan.
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi KESAS, Tn Hj Mohammed Shah Samin serta dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Terowong SMART, En Mohd Noor Mohd Ali, dan Pengarah HTAR, Dr. Hj. Zulkarnain Mohd Rawi.